Sunday, 25 January 2015

6.1 Perkembangan Agama Di Malaysia






      Agama rasmi di Malaysia ialah agama islam. Perlembagaan Persekutuan meletakkan agama Islam di tempat tertinggi (Perkara 3). Sementara itu , melalui Perkara 11(1) dan 11 (5) Perlembagaan tersebut juga membenarkan rakyat Malaysia mengamalkan agama masing-masing. Perkara ini tidak membenarkan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan keamanan awam, kesihatan awam dan tingkah laku moral awam.

       Dalam konteks ini, Malaysia sealku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Bajau ,Bidayuh, Penan, Kelabat, Orang Asli dan sebagainya perlu memahami nilai-nilai moral yang terkandung dalam pelbagai agama yang menjadi anutan rakyat Malaysia .

      Semua agama yang diamalkan di Malaysia seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Taoisma memiliki nilai nilai murni yang mengorak langkah ke arah perpaduan dan kesejahteraan, malah menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin dalam masyarakat akan musnah sekiranya kita gagal memelihara keharmonian dan nilai moral yang dibawa oleh agama.

       Penekanan nilai yang baik agar dipatuhi oleh masyarakat dapat membantu mengawal individu masyarakat bertingkah laku yang baik. Bentuk hukuman dan ganjaran yang dijanjikan oleh agama masing masing mengukuhkan lagi pelaksanaan kewajipan-kewajipan sosial kepada masyarakat .





6.11 AGAMA ISLAM

      Agama islam adalah agama yang diwahyukan oleh Tuhan (Allah) kepada Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad SAW. Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu “salam” yang bererti ‘manusia menyerahkan diri kepada Tuhan, maka mereka akan dibalas dengan keamanan dan kesejahteraan. Dengan itu, orang islam mengucapkan Assalamualaikum yang bererti sejahtera ke atas kamu (peace be upon you),apabila bertemu sesama mereka.

      Oleh kerana Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW.

      Agama Islam melarang penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira sebarang pendekatan termasuklah secara lisan ataupun tindakan. Islam menentang kekerasan dan tindakan-tindakan keganasan. Sebaliknya, islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan sahaja di kalangan penganut Islam, bahkan juga di kalangan bukan Islam.(Al-Quran: Surah Al-Hujurat: 49:13)

      Dalam konteks amalan hidup pula, Islam menganjurkan nilai-nilai murni seoerti keselamatan(safety), keadilan sosial(social justice), keamanan(peace),keserdehanaan(moderation), permuafakatan(cooperation) dan berserah kepada Tuhan(submission to God) sebagai satu cara hidup(ad-din). Kehidupan Nabi Muhammad SAW selalu dijadikan contoh moral, dibukukan dalam bentuk cerita untuk diajar kepada anak-anak umat Islam sejak kecil lagi.




        Agama Islam terdiri daripada rukun Iman dan rukun Islam yang mesti diketahui dan diamalkan kepada umatnya. Rukun Iman ialah:

1.Percaya kepada Allah
2.Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul
3.Percaya kepada Malaikat-Malaikat
4.Percaya kepada Kitab-Kitab
5.Percaya kepada Hari Kiamat
6.Percaya kepada Qada dan Qadar

Rukun Islam ialah:
1.Mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah .
2.Sembahyang lima waktu setiap hari
3.Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan
4.Menunaikan zakat
5.Menunaikan fardu Haji ke Mekkah ke atas orang yang mampu

     Sebagaimana yang dinyatakan di atas, orang Melayu adalah beragama Islam. Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad ke-13. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu boleh disaksikan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1212.
      Perkembangan Islam di Tanah Melayu semakin berkembang dengan kemuncuulan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pada masa ini agama Islam telah berkembang maju apabila Raja Melaka dan diikuti dengan rakyat Melaka memeluk agama Islam. Pada masa ini, Islam tersebar melalui beberapa cara, iaitu penyebaran melalui peranan pedagang, perkahwinan dan perdagangan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya telah banyak mengubah kehidupan masyarakat Melayu pada waktu itu yang sebelum ini menganut kepercayaan animisme, perkara ghaib dan tahyul
      

   Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dan Rasul yang terakhir. manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah Allah dan manusia perlu bertakwa dan beriman hanya kepada Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah. Kedatangan Islam begitu mudah meresap ke dalam jiwa masyarakat Melayu memandangkan Islam merupakan agama yang senang untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Agama Islam dipraktikkan dalam amalan seharian masyarakat Melayu seperti cara berpakaian, pergaulan, pemakanan, hubungan sesama manusia dan lain lain lagi.

Hari Penting dalam Agama Islam

1. Bulan Ramadhan
2. Bulan Syawal
3. Maal Hijrah
4. Maulidur Rasul
5. Hari Raya Haji
6. Nuzul Al-Quran




6.1.2 AGAMA BUDDHA
      

     Agama Buddha merupakan satu falsafah yang berasaskan ajaran Buddha, iaitu Siddharta Gautama yang lahir pada tahun 536 S.M. Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek etika dan moral yang dipercayai akan membantu rohani manusia menjauhi diri daripada kesengsaraan (samsara). Tujuan akhir hidup manusia adalah mencapai kebuddhaan atau pencerahan sejati. Untuk mancapai tujuan ini, pertolongan dan bantuan dari pihak lain tidak akan mempengaruhinya, hanya dengan usaha sendirilah kebuddhaan dapat dicapai.
       Oleh yang demikian, perlu difahami bahawa Buddha bukan Tuhan. Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri, mencapai pencerahan rohani, dan melihat kebenarannya. Pengganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesengsaraan.
     Beberapa pengajaran dalam Buddhisme terdapat dalam Empat Kebenaran (Four Noble Truth), Jalan Lapan Lapis (Eightfold Path) dan Lima Prinsip (Five Precepts) agama Buddha. Buddha mencari jalan menamatkan kesengsaraan dalam kebenaran keempat melalui Jalan Lapan Lapis yang menjadi panduan kepada hidup yang sempurna mengikut Buddhisme.
    Agama Buddha juga merupakan antara agama yang terawal sampai ke Alam Melayu. Kedatangan agama ini dapat dibuktikan dengan adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Walau  bagaimanapun, setelah  kedatangan Islam, kebanyakan masyarakat Tanah Melayu memeluk agama Islam.
    Dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini, kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha dan sebahagiannya beragama Kristian dan Hindu. Selain orang Cina, masyarakat Thai yang tinggal di negeri Kelantan, Kedah dan Perlis juga merupakan penganut agama Buddha.
   Dari segi sejarah, agama Buddha diasakan oleh Sidartha Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja dari India yang dikenali sebagai Shakyamuni. Beliau telah mendapat idea untuk bertapa bagi mencari kebenaran. Hasil daripada pertapaan beliaulah lahirnya ajaran dalam agama Buddha.
    Ajaran Buddha menekankan kepada beberapa kitaran kehidupan, iaitu Sila, Renungan, Kesedaran, mencapai Sambodhi, terlepas daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma. Walau bagaimanapun, kebanyakkan masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran-ajaran seperti Taoisme, Confucious dan penyembahan nenek moyang.
Perayaan utama masyarakat Cina:
1.      Tahun Baru Cina : merupakan perayaan paling penting bagi masyarakat Cina. Pada Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga yang jauh akan berkumpul di rumah keluarga mereka. Pada hari tersebut, rumah akan dibersihkan dan segala hutang perlu dibayar, manakala pembakaran mercun pada tengah malam adalah sebagai tanda permulaan tahun baru, di samping bertujuan ‘menghalau’ segala nasib malang dan benda yang tidak baik. Selain itu, masyarakat Cina akan menghiasi rumah-rumah mereka dengar, buah limau sebagai simbol kepada murah rezeki. Jamuan utama Tahun Baru Cina ialah Yee Sang dan kiuh Bakul. Pada malam tahun baru, setiap keluarga akan mengadakan makan besar dengan juadah tradisi seperti itik dan daging salai, limau mandarin dan sebagainya. Tradisi kunjung-mengunjung juga diamalkan, iaitu golongan muda akan melawat golongan tua dan mereka akan menerima Ang Pau dalam sampul merah.

2.      Perayaan Chap Goh Mei : disambut selepas 15hari Tahun Baru Cina diraikan. Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang dengan membakar colok besar. Selain itu, upacara makan besar juga diadakan. Pada masa ini, mercun akan dibakar dan tanglung juga akan dinyalakan. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai bagi seseorang  yang ingin mendapatkan pasangan hidup.

3.      Pesta Tanglung : Pesra Tanglung atau Yuanxao Jie merupakan perayaan tradisional masyarakat Cina yang rayakan pada hari ke-15 iaitu 14 hari selepas sambutan Tahun Baru Cina. Menurut sejarah budaya masyarakat Cina, perayaan ini telah dimulakan sejak zaman pemerintahan Dinasti Han. Semasa sambutan Pesta Tanglung, masyarakat Cina akan menyediakan makanan Yuanxioa atau Tong Yuen. Pada malam tersebut orang ramai akan keluar bermain Tanglung, menyaksikan tarian singa, mercun, bunga api dan lain-lain lagi.

4.      Ching Ming : merupakan perayaan atau sambutan yang dikenali sebagai ‘ancestor memorial’. Ching Ming disambut pada bulan April atau ke-4 dan merupakan perayaan untuk mengingati orang tang telah meninggal dunia. Ahli keluarga akan pergi ke kubur dan membawa makanan atau bunga. Ada juga membuat replica kereta, duit, rumah dan sebagainya untuk dibakar sebagai simbolik terhadap si mati.

5.      Chung : merupakan perayaan bagi mengingati seorang tokoh yang terkenal dalam masyarakat Cina pada suatu ketika dahulu yang bernama Quwuan. Beliau merupakan seorang tokoh politik dan seorang penyair yang sangat cintakan negaranya. Beliau banyak mengkritik pemerintahan kerajaan China yang dikatakan banyak berlaku kepincangan dalam pemerintahan baginda. Tindakan Quwuan yang banyak mengkritik pemerintah tersebut menyebabkan beliau telah dibuang ke sungai. Bagi mengingati peristiwa tersebut, masyarakat Cina akan memasak dumpling yang dibuat daripada beras pulut dan dihanyutkan ke sungai bagi mengelakkan ikan-ikan di sungai memakai bangkai Quwuan. Perayaan ini juga dikenali juga sebagai ‘Dragon Boat’

Lima Prinsip Buddhisme
1.      Menghindari pencurian atau mengambil yang tidak diberikan.
2.      Menghindari tindakan penyelewengan seksual.
3.      Menghindari diri dari berbohong dan berkata yang tidak benar (berkata besar, fitnah, dan lain-lain)
4.      Menghindari diri dari penggunaan bahan-bahan yang dapat menyebabkan lemahnya atau berkurangnya kesedaran.
5.      Menghindari pembunuhan atau menyakiti segala bentuk kehidupan.





6. 1. 3 AGAMA KRISTIAN
      

       Agama Kristian berasakan kepercayaan kepada Tuhan dan ajaran Jesus Christ. Nama Christ berasal daripada perkataan Yunani iaitu Christos yang bermaksud Penyelamat. Ajaran asas yang digariskan oleh agama Kristian ialah mencintai Tuhan dengan seluruh jiwa raga dan minda, di samping mencintai jiran seperti mencintai diri kita sendiri.
         Ajaran Kristian yang berkait rapat dengan kehidupan beretika ialah Sepuluh Rukun (10 Commandments) yang terdapat dalam Penjanjian Lama. Sepuluh Rukun ini merupakan satu senarai perintah agama untuk diamalkan oleh umat Kristian, iaitu :
1.      Tidak menyembah Tuhan lain melainkan kepadanya.
2.      Tidak menyembah berhala dalam apa pun bentuk.
3.      Tidak menyalahgunakan nama Tuhan.
4.      Ingati hari Sabtu dan jagalah kesuciannya.
5.      Berbaiklah dan hormatilah ibu bapa.
6.      Jangan membunuh.
7.      Jangan berzina.
8.      Jangan mencuri.
9.      Jangan memberi keterangan palsu.
10.   Jangan merampas harta benda, isteri atau apa sahaja kepunyaan jiran.
      Penganut Kristian atau Nasrani menggunakan Al-kitab atau  Kitab Injil (Holy Bible) sebagai sumber keagamaan dan kerohanian mereka. Al-kitab dibahagi kepada dua bahagian utama : Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian Lama adalah susunan koleksi kitab-kitab Ibrani yang ditulis sebelum Jesus, manakala Perjanjian Baru disusun daripada koleksi tulisan-tulisan agama yang dikumpulkan pada awal kurun masihi.
       Fokus tulisan-tulisan Perjanjian Baru adalah pada hidup dan ajaran Jesus Christ. Kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus ditonjolkan sebagai model moral yang patut diteladani (Matthew 8:90) dan penganutnya perlu bertindak seperti untuk mencapai cara hidup yang bermoral (Ephesians 5:2). Dasar kasih sayang dalam bentuk keadilan dan keampunan merupakan tonggak utama ajaran Jesus, seperti ayat berikut :
Hatred stirs up dissension, but love covers over all wrongs. (Proverbs 10:12)
         Jesus mengajar konsep Tuhan yang esa, penyayang, pemurah dan pengampun. Bagi orang yang betul mengamalkan ajaran ini, mereka akan menikmati kesempurnaan hidup di akhirat.

Cuti Keagamaan Kristian
1.      Krismas
Hari Krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan dirayakan lebih dari segi komersil tanpa banyak unsur-unsur kerohanian. Aktivis-aktivis Kristian kadang kalanya membeli ruang iklan di akbar-akbar pada hari Krismas atau Easter. Ini biasanya hanya boleh dilakukan di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan tidak pada setiap tahun. Rencana pengarang biasanya membuat ucapan meraikan Krismas.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         


2.      Jumaat Agung
Jumaat Agung bukan cuti am kebangsaan, tetapi ia adalah cuti am negeri di Sabah dan Sarawak di mana penganut Kristian ialah minority yang diberi hak untuk berrhari raya ; kedua-dua negeri diberikan sesetengah taraf autonomi yang lebih tinggi daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan, sedangkan mereka dianggap polities on par dengan  Malaya apabila mereka bergabung dengannya dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Selain itu terdapat perayaan lain seperti easter dan lain-lain lagi.






6.1.3 AGAMA HINDU

   Hinduisme ialah satu agama tertua yang diketahui di dunia , dan yang tidak mempunyai pengasas . Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak Dewa , namun tidaklah sepenuhnya demikian . Dalam agama Hindu , Dewa bukanlah Tuhan tersendiri . Tuhan itu Maha Esa tiada duanya . Tuhan mempunyai tiga fungsi utama iaitu mencipta , memelihara dan membinasakan . Penganut Hindu mengakui dewa - dewa yang lebih rendah dan dipercayai bahawa dewa - dewa itu semua berkedudukan lebih rendah dari Brahman atau Tuhan yang tunggal .

   Matlamat seseorang penganut Hindu adalah untuk mencapai Moksha . Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi di dunia . Oleh itu , penganut Hindu perlulah mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang membawa dosa dan melakukan perkara yang menambahkan pahala .

   Veda merupakan kitab suci pertama yang menjadi panduan dalam kehidupan masyarakat India beragama Hindu . Dharmasutra pula koleksi teks - teks yang ditulis kemudian untuk menyampaikan ajaran Veda secara lebih mudah . Dalam teks - teks Dharmasastra , diterangkan jenis - jenis dosa atau perbuatan yang melanggar kod etika serta apa yang perlu dilakukan untuk menebus dosa berkenaan . Pelanggaran kod kod etika atau perbuatan dosa disebut ‘ pataka ’. Contoh dosa besar dalam budaya India adalah meminum arak , membunuh dan sumbang mahram . Antara dosa kecil pula perbuatan tidak membayar hutang , menebang pokok , membunuh binatang dan mencuri . Hukuman yang dikenakan pasti berbeza antara dosa besar dan dosa kecil .

   Penekanan terhadap nilai - nilai moral dalam agama Hindu sebahagian besarnya wujud kerana wujud kepercayaan terhadap doktrin karma yang berkaitan dengan tindakan dan balasan . Hukum karma menetapkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat di dalam kehidupannya yang akan datang .

  
   Dalam agama Hindu , ketaatan kepada ibubapa dikatakan merupakan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup . Seperti mana catatan Veda tentang Dhurva yang begitu taat kepada Prahlada . Beliau mencium kaki untuk mendapat restu dan ketaatannya . Malah agama Hindu menganjurkan nilai kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat bermaksud “ May all beings look on me with friendly eyes ; may I look on all beings with friendly eyes ; may we look om each other with friendly eyes ” ( Yajur Veda 36.18 ) .

   Penganut agama Hindu juga percaya dengan mengamalkan kehidupan sederhana atau zuhud , iaitu dengan menolak kemewahan hidup , mereka akan hidup semula sebagai Brahmin . Oleh itu , nilai moral ini menuntut kesengasaraan , memerangi kelazatan , benci kepada kekayaan dan mengamalkan yoga , iaitu amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman ( roh diri ) dengan Brahman ( Roh Agung atau Tuhan ) .

   Agama Hindu biasanya dikaitan dengan masyarakat India kerana kebanyakan masyarakat India di Malaysia adalah beragama Hindu dan hanya segelintir yang beragama Islam , Kristian dan Buddha . Agama Hindu dari segi sejarah adalah berasal dari negara India . 



PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT INDIA :
1.        Hari Deepavali : ia disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil . Antara kepentingan perayaan ini adalah untuk meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan kegelapan rohani . Pada hari Deepavali , penganut agama Hindu menghiasi rumah mereka dengan pelita , bermain mercun serta mengagihkan manisan dan hadiah . Mereka juga mengadakan upacara sembahyang pada hari tersebut .

2.        Thaipusam : Hari Thaipusam disambut sempena bagi mengormati dewa Hindu iaitu dewa Murugan . Hari Thaipusam merupakan hari untuk penganut Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa yang telah mereka lakukan sebelum ini . Oleh itu , penganut Hindu menunaikan hajat tersebut kepada dewa Murugan . Semasa perayaan ini , ada antara penganut Hindu yang membawa susu , mencukur rambut serta membawa kavadi sama ada di atas bahu atau kepala . Kavadi biasanya diperbuat daripada beberapa batang kayu atau besi dan di atasnya diletakkan patung dewa Murugan .

3.        Tahun Baru India : disambut pada 14 April dan ia merupakan tahun baru bagi orang India . Pada hari tersebut , iaitu pada waktu pagi , orang India akan mandi minyak dan setelah itu mereka ke kuil untuk bersembahyang . Mereka turut memohon maaf kepada ibu bapa ketika sambutan Tahun Baru India .

4.        Perayaan Menyambut Dewa : disambut pada bulan April dan Oktober . Pada bulan April , dua orang dewa iaitu Dewa Panguniutharam dan Dewa Murugan , manakala pada bulan Oktober mereka meraikan Dewa Gajah yang dinamakan Dewa Vinagar .

5.        Ponggal : ada tiga hari penting dalam ‘ Pesta Ponggal ‘ , iaitu hari pertama Ponggal ( Pesta Menuai ) , hari kedua dipanggil Mattuponggal ( untuk orang yang ada lembu ) dan hari ketiga dipanggil Kanni Ponggal ( untuk anak dara ) . Pesta Ponggal merupakan pesta yang orang ramai akan bersama susu dalam periuk belanga .




2 comments: