Agama rasmi di Malaysia ialah
agama islam. Perlembagaan Persekutuan meletakkan agama Islam di tempat
tertinggi (Perkara 3). Sementara itu , melalui Perkara 11(1) dan 11 (5)
Perlembagaan tersebut juga membenarkan rakyat Malaysia mengamalkan agama
masing-masing. Perkara ini tidak membenarkan sebarang aktiviti yang
bertentangan dengan keamanan awam, kesihatan awam dan tingkah laku moral awam.
Dalam konteks ini, Malaysia
sealku sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina,
India, Kadazan, Iban, Murut, Bajau ,Bidayuh, Penan, Kelabat, Orang Asli dan
sebagainya perlu memahami nilai-nilai moral yang terkandung dalam pelbagai
agama yang menjadi anutan rakyat Malaysia .
Semua agama yang diamalkan di
Malaysia seperti Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Taoisma memiliki
nilai nilai murni yang mengorak langkah ke arah perpaduan dan kesejahteraan,
malah menjadi platform untuk kejayaan dan kekuatan rakyat Malaysia. Hakikatnya,
kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin dalam masyarakat akan musnah
sekiranya kita gagal memelihara keharmonian dan nilai moral yang dibawa oleh
agama.
Penekanan nilai yang baik agar
dipatuhi oleh masyarakat dapat membantu mengawal individu masyarakat bertingkah
laku yang baik. Bentuk hukuman dan ganjaran yang dijanjikan oleh agama masing
masing mengukuhkan lagi pelaksanaan kewajipan-kewajipan sosial kepada
masyarakat .
6.11 AGAMA ISLAM
Agama islam adalah agama yang
diwahyukan oleh Tuhan (Allah) kepada Nabi Adam a.s sehingga Nabi Muhammad SAW.
Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu “salam” yang bererti
‘manusia menyerahkan diri kepada Tuhan, maka mereka akan dibalas dengan
keamanan dan kesejahteraan. Dengan itu, orang islam mengucapkan Assalamualaikum
yang bererti sejahtera ke atas kamu (peace be upon you),apabila bertemu sesama
mereka.
Oleh kerana Islam menjadi
anutan majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan
dengan pegangan agamanya. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang
berpandukan kepada ajaran dan panduan yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran
dan Sunnah Rasul SAW.
Agama Islam melarang
penghinaan terhadap agama lain tanpa mengira sebarang pendekatan termasuklah
secara lisan ataupun tindakan. Islam menentang kekerasan dan tindakan-tindakan
keganasan. Sebaliknya, islam menganjurkan persaudaraan dan hubungan mesra bukan
sahaja di kalangan penganut Islam, bahkan juga di kalangan bukan
Islam.(Al-Quran: Surah Al-Hujurat: 49:13)
Dalam konteks amalan hidup
pula, Islam menganjurkan nilai-nilai murni seoerti keselamatan(safety),
keadilan sosial(social justice), keamanan(peace),keserdehanaan(moderation),
permuafakatan(cooperation) dan berserah kepada Tuhan(submission to God) sebagai
satu cara hidup(ad-din). Kehidupan Nabi Muhammad SAW selalu dijadikan contoh
moral, dibukukan dalam bentuk cerita untuk diajar kepada anak-anak umat Islam
sejak kecil lagi.
Agama Islam terdiri daripada
rukun Iman dan rukun Islam yang mesti diketahui dan diamalkan kepada umatnya.
Rukun Iman ialah:
1.Percaya
kepada Allah
2.Percaya
kepada Nabi-Nabi dan Rasul
3.Percaya
kepada Malaikat-Malaikat
4.Percaya
kepada Kitab-Kitab
5.Percaya
kepada Hari Kiamat
6.Percaya
kepada Qada dan Qadar
Rukun Islam ialah:
1.Mengaku
bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah .
2.Sembahyang
lima waktu setiap hari
3.Berpuasa
sebulan di bulan Ramadhan
4.Menunaikan
zakat
5.Menunaikan
fardu Haji ke Mekkah ke atas orang yang mampu
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, orang
Melayu adalah beragama Islam. Islam telah sampai ke alam Melayu seawal abad
ke-13. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu boleh disaksikan dengan penemuan Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 1212.
Perkembangan Islam di Tanah Melayu
semakin berkembang dengan kemuncuulan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.
Pada masa ini agama Islam telah berkembang maju apabila Raja Melaka dan diikuti
dengan rakyat Melaka memeluk agama Islam. Pada masa ini, Islam tersebar melalui
beberapa cara, iaitu penyebaran melalui peranan pedagang, perkahwinan dan
perdagangan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya telah banyak mengubah
kehidupan masyarakat Melayu pada waktu itu yang sebelum ini menganut
kepercayaan animisme, perkara ghaib dan tahyul
Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dan Rasul
yang terakhir. manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini adalah untuk
menjadi khalifah Allah dan manusia perlu bertakwa dan beriman hanya kepada
Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah. Kedatangan Islam begitu mudah meresap ke
dalam jiwa masyarakat Melayu memandangkan Islam merupakan agama yang senang
untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Agama Islam
dipraktikkan dalam amalan seharian masyarakat Melayu seperti cara berpakaian,
pergaulan, pemakanan, hubungan sesama manusia dan lain lain lagi.
Hari Penting dalam Agama Islam
1. Bulan
Ramadhan
2. Bulan
Syawal
3. Maal
Hijrah
4. Maulidur
Rasul
5. Hari
Raya Haji
6. Nuzul
Al-Quran
6.1.2 AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan satu falsafah
yang berasaskan ajaran Buddha, iaitu Siddharta Gautama yang lahir pada tahun
536 S.M. Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek etika dan moral yang
dipercayai akan membantu rohani manusia menjauhi diri daripada kesengsaraan
(samsara). Tujuan akhir hidup manusia adalah mencapai kebuddhaan atau
pencerahan sejati. Untuk mancapai tujuan ini, pertolongan dan bantuan dari
pihak lain tidak akan mempengaruhinya, hanya dengan usaha sendirilah kebuddhaan
dapat dicapai.
Oleh yang demikian, perlu difahami
bahawa Buddha bukan Tuhan. Buddha hanya merupakan contoh, juru pandu, dan guru
bagi makhluk yang perlu melalui jalan mereka sendiri, mencapai pencerahan
rohani, dan melihat kebenarannya. Pengganut Buddha harus membersihkan dan
melatih minda sendiri dengan memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai
kebebasan dari segala kesengsaraan.
Beberapa pengajaran dalam Buddhisme
terdapat dalam Empat Kebenaran (Four Noble Truth), Jalan Lapan Lapis (Eightfold
Path) dan Lima Prinsip (Five Precepts) agama Buddha. Buddha mencari jalan
menamatkan kesengsaraan dalam kebenaran keempat melalui Jalan Lapan Lapis yang
menjadi panduan kepada hidup yang sempurna mengikut Buddhisme.
Agama Buddha juga merupakan antara agama
yang terawal sampai ke Alam Melayu. Kedatangan agama ini dapat dibuktikan
dengan adanya candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan Islam, kebanyakan masyarakat Tanah
Melayu memeluk agama Islam.
Dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari
ini, kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia beragama Buddha dan sebahagiannya
beragama Kristian dan Hindu. Selain orang Cina, masyarakat Thai yang tinggal di
negeri Kelantan, Kedah dan Perlis juga merupakan penganut agama Buddha.
Dari segi sejarah, agama Buddha diasakan
oleh Sidartha Gautama. Beliau merupakan seorang putera raja dari India yang
dikenali sebagai Shakyamuni. Beliau telah mendapat idea untuk bertapa bagi
mencari kebenaran. Hasil daripada pertapaan beliaulah lahirnya ajaran dalam
agama Buddha.
Ajaran Buddha menekankan kepada beberapa
kitaran kehidupan, iaitu Sila, Renungan, Kesedaran, mencapai Sambodhi, terlepas
daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan Hukum Karma. Walau bagaimanapun,
kebanyakkan masyarakat Cina lebih berpegang kepada ajaran-ajaran seperti
Taoisme, Confucious dan penyembahan nenek moyang.
Perayaan utama
masyarakat Cina:
1. Tahun
Baru Cina : merupakan perayaan paling penting bagi masyarakat Cina. Pada Tahun
Baru Cina, semua ahli keluarga yang jauh akan berkumpul di rumah keluarga
mereka. Pada hari tersebut, rumah akan dibersihkan dan segala hutang perlu
dibayar, manakala pembakaran mercun pada tengah malam adalah sebagai tanda
permulaan tahun baru, di samping bertujuan ‘menghalau’ segala nasib malang dan
benda yang tidak baik. Selain itu, masyarakat Cina akan menghiasi rumah-rumah
mereka dengar, buah limau sebagai simbol kepada murah rezeki. Jamuan utama
Tahun Baru Cina ialah Yee Sang dan kiuh Bakul. Pada malam tahun baru, setiap keluarga
akan mengadakan makan besar dengan juadah tradisi seperti itik dan daging
salai, limau mandarin dan sebagainya. Tradisi kunjung-mengunjung juga
diamalkan, iaitu golongan muda akan melawat golongan tua dan mereka akan
menerima Ang Pau dalam sampul merah.
2. Perayaan
Chap Goh Mei : disambut selepas 15hari Tahun Baru Cina diraikan. Chap Goh Mei
disambut dengan mengadakan upacara sembahyang dengan membakar colok besar.
Selain itu, upacara makan besar juga diadakan. Pada masa ini, mercun akan
dibakar dan tanglung juga akan dinyalakan. Terdapat juga amalan melontar buah
limau ke dalam laut atau sungai bagi seseorang
yang ingin mendapatkan pasangan hidup.
3. Pesta
Tanglung : Pesra Tanglung atau Yuanxao Jie merupakan perayaan tradisional
masyarakat Cina yang rayakan pada hari ke-15 iaitu 14 hari selepas sambutan
Tahun Baru Cina. Menurut sejarah budaya masyarakat Cina, perayaan ini telah
dimulakan sejak zaman pemerintahan Dinasti Han. Semasa sambutan Pesta Tanglung,
masyarakat Cina akan menyediakan makanan Yuanxioa atau Tong Yuen. Pada malam
tersebut orang ramai akan keluar bermain Tanglung, menyaksikan tarian singa,
mercun, bunga api dan lain-lain lagi.
4. Ching
Ming : merupakan perayaan atau sambutan yang dikenali sebagai ‘ancestor
memorial’. Ching Ming disambut pada bulan April atau ke-4 dan merupakan
perayaan untuk mengingati orang tang telah meninggal dunia. Ahli keluarga akan
pergi ke kubur dan membawa makanan atau bunga. Ada juga membuat replica kereta,
duit, rumah dan sebagainya untuk dibakar sebagai simbolik terhadap si mati.
5. Chung
: merupakan perayaan bagi mengingati seorang tokoh yang terkenal dalam
masyarakat Cina pada suatu ketika dahulu yang bernama Quwuan. Beliau merupakan
seorang tokoh politik dan seorang penyair yang sangat cintakan negaranya. Beliau
banyak mengkritik pemerintahan kerajaan China yang dikatakan banyak berlaku
kepincangan dalam pemerintahan baginda. Tindakan Quwuan yang banyak mengkritik
pemerintah tersebut menyebabkan beliau telah dibuang ke sungai. Bagi mengingati
peristiwa tersebut, masyarakat Cina akan memasak dumpling yang dibuat daripada
beras pulut dan dihanyutkan ke sungai bagi mengelakkan ikan-ikan di sungai
memakai bangkai Quwuan. Perayaan ini juga dikenali juga sebagai ‘Dragon Boat’
Lima Prinsip Buddhisme
1. Menghindari
pencurian atau mengambil yang tidak diberikan.
2. Menghindari
tindakan penyelewengan seksual.
3. Menghindari
diri dari berbohong dan berkata yang tidak benar (berkata besar, fitnah, dan
lain-lain)
4. Menghindari
diri dari penggunaan bahan-bahan yang dapat menyebabkan lemahnya atau
berkurangnya kesedaran.
5. Menghindari
pembunuhan atau menyakiti segala bentuk kehidupan.
6. 1. 3 AGAMA KRISTIAN
Agama Kristian berasakan kepercayaan kepada Tuhan dan ajaran Jesus
Christ. Nama Christ berasal daripada perkataan Yunani iaitu Christos yang
bermaksud Penyelamat. Ajaran asas yang digariskan oleh agama Kristian ialah mencintai
Tuhan dengan seluruh jiwa raga dan minda, di samping mencintai jiran seperti
mencintai diri kita sendiri.
Ajaran Kristian yang berkait rapat dengan kehidupan beretika ialah
Sepuluh Rukun (10 Commandments) yang terdapat dalam Penjanjian Lama. Sepuluh
Rukun ini merupakan satu senarai perintah agama untuk diamalkan oleh umat
Kristian, iaitu :
1. Tidak
menyembah Tuhan lain melainkan kepadanya.
2. Tidak
menyembah berhala dalam apa pun bentuk.
3. Tidak
menyalahgunakan nama Tuhan.
4. Ingati
hari Sabtu dan jagalah kesuciannya.
5. Berbaiklah
dan hormatilah ibu bapa.
6. Jangan
membunuh.
7. Jangan
berzina.
8. Jangan
mencuri.
9. Jangan
memberi keterangan palsu.
10. Jangan merampas harta benda, isteri atau apa
sahaja kepunyaan jiran.
Penganut Kristian atau Nasrani
menggunakan Al-kitab atau Kitab Injil
(Holy Bible) sebagai sumber keagamaan dan kerohanian mereka. Al-kitab dibahagi
kepada dua bahagian utama : Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Perjanjian
Lama adalah susunan koleksi kitab-kitab Ibrani yang ditulis sebelum Jesus,
manakala Perjanjian Baru disusun daripada koleksi tulisan-tulisan agama yang
dikumpulkan pada awal kurun masihi.
Fokus tulisan-tulisan Perjanjian Baru
adalah pada hidup dan ajaran Jesus Christ. Kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus
ditonjolkan sebagai model moral yang patut diteladani (Matthew 8:90) dan
penganutnya perlu bertindak seperti untuk mencapai cara hidup yang bermoral
(Ephesians 5:2). Dasar kasih sayang dalam bentuk keadilan dan keampunan
merupakan tonggak utama ajaran Jesus, seperti ayat berikut :
Hatred stirs up
dissension, but love covers over all wrongs. (Proverbs 10:12)
Jesus mengajar konsep Tuhan yang esa,
penyayang, pemurah dan pengampun. Bagi orang yang betul mengamalkan ajaran ini,
mereka akan menikmati kesempurnaan hidup di akhirat.
Cuti Keagamaan Kristian
1. Krismas
Hari
Krismas ialah hari cuti umum di Malaysia dan dirayakan lebih dari segi komersil
tanpa banyak unsur-unsur kerohanian. Aktivis-aktivis Kristian kadang kalanya
membeli ruang iklan di akbar-akbar pada hari Krismas atau Easter. Ini biasanya
hanya boleh dilakukan di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris dan tidak pada setiap
tahun. Rencana pengarang biasanya membuat ucapan meraikan Krismas.
2. Jumaat
Agung
Jumaat
Agung bukan cuti am kebangsaan, tetapi ia adalah cuti am negeri di Sabah dan
Sarawak di mana penganut Kristian ialah minority yang diberi hak untuk berrhari
raya ; kedua-dua negeri diberikan sesetengah taraf autonomi yang lebih tinggi
daripada negeri-negeri lain dalam Persekutuan, sedangkan mereka dianggap
polities on par dengan Malaya apabila
mereka bergabung dengannya dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Selain itu
terdapat perayaan lain seperti easter dan lain-lain lagi.
6.1.3 AGAMA HINDU
Hinduisme ialah satu agama
tertua yang diketahui di dunia , dan yang tidak mempunyai pengasas . Hindu
seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja
banyak Dewa , namun tidaklah sepenuhnya demikian . Dalam agama Hindu , Dewa
bukanlah Tuhan tersendiri . Tuhan itu Maha Esa tiada duanya . Tuhan mempunyai
tiga fungsi utama iaitu mencipta , memelihara dan membinasakan . Penganut Hindu
mengakui dewa - dewa yang lebih rendah dan dipercayai bahawa dewa - dewa itu
semua berkedudukan lebih rendah dari Brahman atau Tuhan yang tunggal .
Matlamat seseorang penganut
Hindu adalah untuk mencapai Moksha . Seseorang yang mencapai Moksha akan
bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi di dunia . Oleh itu , penganut
Hindu perlulah mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang membawa dosa dan
melakukan perkara yang menambahkan pahala .
Veda merupakan kitab suci
pertama yang menjadi panduan dalam kehidupan masyarakat India beragama Hindu .
Dharmasutra pula koleksi teks - teks yang ditulis kemudian untuk menyampaikan
ajaran Veda secara lebih mudah . Dalam teks - teks Dharmasastra , diterangkan
jenis - jenis dosa atau perbuatan yang melanggar kod etika serta apa yang perlu
dilakukan untuk menebus dosa berkenaan . Pelanggaran kod kod etika atau
perbuatan dosa disebut ‘ pataka ’. Contoh dosa besar dalam budaya India adalah
meminum arak , membunuh dan sumbang mahram . Antara dosa kecil pula perbuatan
tidak membayar hutang , menebang pokok , membunuh binatang dan mencuri .
Hukuman yang dikenakan pasti berbeza antara dosa besar dan dosa kecil .
Penekanan terhadap nilai -
nilai moral dalam agama Hindu sebahagian besarnya wujud kerana wujud
kepercayaan terhadap doktrin karma yang berkaitan dengan tindakan dan balasan .
Hukum karma menetapkan perbuatan baik dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas
jahat di dalam kehidupannya yang akan datang .
Dalam agama Hindu , ketaatan
kepada ibubapa dikatakan merupakan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup .
Seperti mana catatan Veda tentang Dhurva yang begitu taat kepada Prahlada .
Beliau mencium kaki untuk mendapat restu dan ketaatannya . Malah agama Hindu
menganjurkan nilai kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat bermaksud “
May all beings look on me with friendly eyes ; may I look on all beings with
friendly eyes ; may we look om each other with friendly eyes ” ( Yajur Veda
36.18 ) .
Penganut agama Hindu juga
percaya dengan mengamalkan kehidupan sederhana atau zuhud , iaitu dengan
menolak kemewahan hidup , mereka akan hidup semula sebagai Brahmin . Oleh itu ,
nilai moral ini menuntut kesengasaraan , memerangi kelazatan , benci kepada
kekayaan dan mengamalkan yoga , iaitu amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan
antara Atman ( roh diri ) dengan Brahman ( Roh Agung atau Tuhan )
.
Agama Hindu biasanya dikaitan
dengan masyarakat India kerana kebanyakan masyarakat India di Malaysia adalah
beragama Hindu dan hanya segelintir yang beragama Islam , Kristian dan Buddha .
Agama Hindu dari segi sejarah adalah berasal dari negara India .
PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT INDIA :
1.
Hari Deepavali : ia disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil . Antara kepentingan perayaan ini adalah untuk meraikan
kemenangan terhadap kejahatan dan kegelapan rohani . Pada hari Deepavali ,
penganut agama Hindu menghiasi rumah mereka dengan pelita , bermain mercun
serta mengagihkan manisan dan hadiah . Mereka juga mengadakan upacara
sembahyang pada hari tersebut .
2.
Thaipusam : Hari Thaipusam disambut sempena bagi
mengormati dewa Hindu iaitu dewa Murugan . Hari Thaipusam merupakan hari untuk
penganut Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa yang telah mereka lakukan
sebelum ini . Oleh itu , penganut Hindu menunaikan hajat tersebut kepada dewa
Murugan . Semasa perayaan ini , ada antara penganut Hindu yang membawa susu ,
mencukur rambut serta membawa kavadi sama ada di atas bahu atau kepala . Kavadi
biasanya diperbuat daripada beberapa batang kayu atau besi dan di atasnya
diletakkan patung dewa Murugan .
3.
Tahun Baru India : disambut pada 14 April dan ia merupakan
tahun baru bagi orang India . Pada hari tersebut , iaitu pada waktu pagi ,
orang India akan mandi minyak dan setelah itu mereka ke kuil untuk
bersembahyang . Mereka turut memohon maaf kepada ibu bapa ketika sambutan Tahun
Baru India .
4.
Perayaan Menyambut Dewa : disambut pada
bulan April dan Oktober . Pada bulan April , dua orang dewa iaitu Dewa
Panguniutharam dan Dewa Murugan , manakala pada bulan Oktober mereka meraikan
Dewa Gajah yang dinamakan Dewa Vinagar .
5.
Ponggal : ada tiga hari penting dalam ‘ Pesta Ponggal ‘
, iaitu hari pertama Ponggal ( Pesta Menuai ) , hari kedua dipanggil
Mattuponggal ( untuk orang yang ada lembu ) dan hari ketiga dipanggil Kanni
Ponggal ( untuk anak dara ) . Pesta Ponggal merupakan pesta yang orang ramai
akan bersama susu dalam periuk belanga .
NANi
ReplyDeleteterima kasih ya, sangat membantu <3
ReplyDelete